fbpx

Lelaki maut jatuh bukit ketika tebas kebun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA KRAI – Seorang lelaki maut apabila kepalanya terhantuk pada batu selepas terjatuh dari bukit ketika menebas kawasan kebun di Kampung Chenulang, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.56 pagi itu, mangsa yang berusia 23 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Deputi Superintendan Kamarulzaman Harun berkata, siasatan mendapati, mangsa mengikut beberapa penduduk Kampung Chenulang untuk menebas kawasan kebun.

Menurutnya, semasa tiba di atas bukit, lelaki itu bersandar pada sebatang pokok sebelum tiba-tiba mangsa terjatuh dan kepalanya terhantuk batu.

“Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik, Hospital Sultan Ismail Petra di sini untuk dibedah siasat.

“Pemeriksaan awal pada badan mangsa tidak menjumpai sebarang unsur-unsur jenayah yang dikaitkan dengan kematiannya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kamarulzaman memberitahu, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI