fbpx

Lebih 1 bilion penduduk dunia obes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LEBIH satu bilion penduduk dunia obes tahun lalu. - Foto Getty Images

PARIS – Lebih satu bilion orang di seluruh dunia mengalami obesiti, manakala jumlah mereka  meningkat lebih empat kali ganda sejak  tahun 1990, demikian menurut kajian disiarkan jurnal perubatan, Lancet kelmarin.

‘Epidemik’ obesiti  banyak berlaku di negara-negara lebih miskin,  khususnya  dalam kalangan kanak-kanak dan remaja berbanding orang dewasa, kata kajian berkenaan yang dinaungi Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Kajian  diterbitkan menjelang Hari Obesiti Sedunia pada 4 Mac 2024 itu menganggarkan terdapat  226 juta orang dewasa, remaja dan kanak-kanak obes di seluruh dunia pada tahun 1990. 

Angka itu bagaimanapun meningkat kepada 1,038 juta orang pada 2022.

“Peningkatan melepasi angka satu bilion orang berlaku jauh lebih awal daripada yang kami jangkakan iaitu tahun 20230,” kata Pengarah Pemakanan WHO, Francesco Branca. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI