fbpx

Kemenangan ‘fenomena’ AJL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMENANG-pemenang yang pernah mencetuskan kontroversi dalam sejarah penganjuran AJL.

SEJAK hampir empat dekad lalu, sudah 37 buah lagu yang diangkat merangkul trofi Anugerah Juara Lagu.

Namun, bukan setiap keputusan kemenangan dirayakan dan diterima baik oleh umum. Ada yang yang dipertikai dan sebaliknya.

Tahun ini, antara penyanyi yang dijangka bakal memberi saingan sengit dan terbaik ialah Aisha Retno menerusi lagu Sutera, Jangan Mati Rasa Itu (Aina Abdul), Hasrat (Amir Jahari) dan Inilah Jalannya (Masdo).

Minggu ini, Gala membawa pembaca mengimbau semula kemenangan empat persembahan penyanyi yang paling diingati dan tular dalam media sosial sehingga menjadi sebutan ramai sehingga hari ini.

Itu Kamu – Estranged (Juara Lagu ke-22)

Gerakan indie yang biasanya berbeza dari muzik arus perdana mencipta sejarah tersendiri pada tahun 2007 apabila Estranged menjadi kumpulan indie pertama menjuarai AJL.
Kemenangan menerusi lagu Itu Kamu sekali gus menewaskan lagu hebat lain yang menjadi kegemaran ramai seperti Izinku Pergi oleh Kaer dan Mahakarya Cinta (Faizal Tahir) pada tahun tersebut.

Kemenangan tersebut bukan sahaja membuka mata banyak pihak mengenai potensi karya indie tetapi membuka lembaran baharu bagi industri muzik arus perdana dengan menerima lebih banyak suntikan

Di Matamu – Sufian Suhaimi (Persembahan Terbaik AJL33)

MESKIPUN hanya memenangi kategori Persembahan Terbaik pada AJL33, persembahan yang diberikan Sufian Suhaimi menerusi lagu ‘berhantunya’ Di Matamu kekal diingati sehingga hari ini.
Masakan tidak, Axiata Arena, Bukit Jalil dibanjiri dengan tangisan orang ramai apabila nyanyian penyanyi itu dikatakan sangat tulus daripada hati.
Sufian tampil di pentas AJL33 mendendangkan lagu Di Matamu dengan penuh emosi.

Persembahannya yang dilengkapi props lampu candelier, kain putih dan hiasan pelamin berhias bunga pantas membuatkan mula menebak bahawa semua itu adalah berkaitan kisah putus tunangnya dengan pelakon Elfira Loy beberapa bulan sebelum itu.

Mengangkat beberapa metafora ketika mendendangkan Di Matamu, Sufian mempertahankan aksinya bukan menyindir sesiapa, sebaliknya sekadar memberi penghayatan mendalam terhadap lagu dinyanyikan.

Persembahan penuh kontroversi itu bagaimanapun berjaya membawa pulang trofi Persembahan Terbaik biarpun merupakan kali pertama Sufian bertanding di pentas AJL.

Tolong Ingatkan Aku – Ana Raffali (Juara Lagu ke-25)

RATA-RATA seluruh stadium dan peminat setia acara AJL terkejut ketika lagu dan ciptaan Ana Raffali diumumkan sebagai juara keseluruhan AJL25.

Meskipun menewaskan beberapa lagu hebat lain seperti Noktah Cinta nyanyian Hafiz Suip dan Hanyut (Faizal Tahir), kemenangan Tolong Ingatkan Aku tetap menjadi bahan perdebatan ramai.
Lebih teruk, lagu ciptaan sepenuhnya oleh Ana itu turut dilabel sebagai lagu ‘sampah’ kerana dianggap tidak layak untuk dijulang sebagai Juara Lagu.

Keliru – Nurul dan Ajai (Juara Lagu ke-17)

KEMENANGAN yang mengelirukan. Lagu ciptaan Aidit Alfian nyanyian pasangan duet Nurul dan Ajai diangkat menjadi juara keseluruhan pada AJL17, namun kontroversi tercetus apabila sesetengah juri memberi kenyataan kepada media bahawa Keliru bukan lagu pilihan mereka untuk menjadi juara.

Lebih mengejutkan ramai, lagu sepenuhnya ciptaan Aidit Alfian itu menewaskan karya hebat milik Allahyarham Pak Ngah iaitu Nirmala nyanyian Datuk Seri Siti Nurhaliza yang disebut-sebut bakal menjadi juara.

Keputusan itu sekali gus menjadi bahan bualan ramai dan menjadi topik hangat selama beberapa minggu sehingga ada yang mempertikai kredibiliti barisan juri serta pihak produksi.
Namun, pihak produksi menegaskan pemilihan lagu itu sebagai pemenang utama AJL17 dibuat berdasarkan jumlah agregat terendah mengikut ranking daripada pilihan 10 juri walaupun tiada yang memilih lagu itu sebagai pilihan nombor satu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI