fbpx

Hampir 1000 sertai Himpunan Mega Demi Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Semua peserta berkenaan dilihat tiba di pekarangan Padang Tembok sekitar pukul 4.30 petang disertai laungan 'Free Palestine'.

KUALA LUMPUR – Hampir 1,000 individu menyertai Himpunan Mega Demi Palestin dengan memulakan perarakan dari Menara Tabung Haji ke Padang Merbok, di sini hari ini.

Semua peserta berkenaan dilihat tiba di pekarangan Padang Tembok sekitar pukul 4.30 petang disertai laungan ‘Free Palestine’.

Himpunan hari ini mendapat kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) yang membantu mengawal laluan trafik dan keselamatan membabitkan lebih 100 pegawai serta anggota.

Setakat pukul 5 petang ini, peserta pelbagai usia, bangsa dan agama masih teguh berada di padang bagi menunjukkan sokongan terhadap Palestin.

Terdahulu media melaporkan, himpunan yang dianjurkan oleh Sekretariat Solidariti Palestin (SSP) mula berkumpul seawal 1.30 petang sebelum mula bergerak sejauh lima kilometer (km) menuju ke Padang Merbok.

Peserta berjalan melalui Kedutaan Amerika Syarikat (AS) seterusnya, bergerak ke Pusat Convention Kuala Lumpur (KLCC), Hotel Renaissance, Maju Junction, Sogo, Dataran Merdeka dan ‘check point’ terakhir, iaitu di Padang Merbok.

Himpunan dan perarakan hari ini diadakan bagi menzahirkan solidariti terhadap Palestin serta ketegasan rakyat Malaysia akan kekejaman rejim zionis Israel. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI