fbpx

Fizi Ali ceria dapat jumpa Ameena

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fizi meluahkan kesyukuran dapat meluangkan masa dengan puteri kesayangannya, Ameena Sofia.

PETALING JAYA – Tarikh 1 Mac menjadi detik yang cukup bermakna buat penyampai radio, Fizi Ali apabila menamatkan penantiannya selama tiga bulan tidak berjumpa dengan anak tunggalnya, Ameena Sofia.

Menerusi hantaran yang dimuat naik Fizi atau nama lengkapnya Mohd. Hafizudin Alimudin dalam Instagram miliknya, penyampai radio berusia 37 tahun itu berkongsi foto mendukung Ameena, 5, ketika membawa kanak-kanak itu membeli aiskrim.

Malah, Fizi turut meluahkan kesyukuran dapat meluangkan masa dengan anaknya dan meminta cadangan destinasi daripada pengikut untuk membawa Ameena bercuti pada hujung minggu ini.

“Syukur alhamdulillah. Okay dan boleh rancang hujung minggu ini nak ke mana ya? Cuba berikan cadangan,” tulisnya dalam Instagram.

Dalam ruangan komen, rata-rata pengikutnya turut berkongsi rasa syukur apabila anak beranak itu akhirnya dapat bersama semula selepas tiga bulan tidak bertemu.

Malah, ramai juga yang turut terharu apabila kembali melihat keceriaan pada wajah Fizi ketika berkongsi momen bersama Ameena.

“Alhamdulillah. Nampak Fizi cerita dapat jumpa Ameena semula. Itulah bapa mithali. Semoga Fizi bahagia semula,” ujar seorang pengikutnya.

“Berkat kesabaran Fizi akhirnya dapat bertemu semula dengan anaknya. Syukur alhamdulillah,” kata seorang lagi pengikutnya.

“Jangan pisahkan anak-anak yang masih kecil dengan ibu atau bapanya jika bercerai. Anak-anak tidak bersalah. Alhamdulillah Fizi,” ujar seorang netizen.

Pada 22 Februari lalu, Fizi tidak dapat menahan air mata gembira apabila akhirnya diberikan peluang untuk bertemu dan membawa anak perempuannya tinggal bersama selama empat hari, bermula pada 1 Mac 2024 (semalam).

Menurut Fizi, keputusan tersebut merupakan hasil budi bicara antara pihaknya selaku plaintif dan defendan iaitu bekas isterinya, Shakilla Khoriri.

Tambahnya yang juga pengacara, pertemuan dengan Ameena itu juga dianggap sebagai satu bentuk kemenangan buat dirinya terutama selepas kesnya baru sahaja bermula.

Sebelum ini, Fizi memfailkan tuntutan hadanah kekal itu pada 15 Disember tahun lalu dengan menamakan Shakilla, 35, sebagai defendan.

Fizi meluahkan rasa kesal apabila niatnya untuk berjumpa Ameena semasa majlis graduasi di sebuah tadika pada 11 November lalu tidak kesampaian.

Fizi dan Shakilla bernikah pada 18 Januari 2018 namun mengumumkan perceraian pada Disember 2021. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI