fbpx

Dua maut kenderaan bertembung lori 10 tan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua maut selepas kereta dinaiki bersama lima individu lain terlibat kemalangan dengan sebuah lori 10 tan di Jalan Batu 25, Sandakan tengah hari tadi. Foto Ihsan Bomba

SANDAKAN – Dua maut selepas kereta dinaiki bersama lima individu lain terlibat kemalangan dengan sebuah lori 10 tan di Jalan Batu 25 tengah hari tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Severinus Sainkui berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan tentang kemalangan berkenaan pada pukul 12.53 tengah hari.

Severinus berkata, lima individu yang lain termasuk tiga kanak-kanak dilaporkan parah sebelum dihantar ke hospital menggunakan ambulans.

Menurutnya, empat individu yang berada di dalam lori hanya mengalami kecederaan ringan.

“Anggota bomba seterusnya memindahkan mayat mangsa ke dalam kenderaan polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat sepenuhnya pada pukul 2.18 petang,” katanya. – KOSMO ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI