fbpx

Cuaca panas: Kurangkan aktiviti luar rumah – KP Kesihatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Golongan berisiko antaranya warga emas dan kanak-kanak adalah dinasihatkan untuk mengurangkan aktiviti di luar rumah dalam keadaan cuaca panas ketika ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, dalam masa sama, orang awam terutama yang tinggal di kawasan dengan suhu tinggi, digalakkan minum air dengan banyak.

“Isu panas di beberapa tempat sekarang ini dan kita nasihatkan orang awam elakkan pendedahan cuaca panas dengan aktiviti di luar. Kalau perlu, pastikan pakai pakaian sesuai supaya tidak terdedah dengan suhu panas.

“Kita nasihatkan banyak minum air terutama di kawasan yang mengalami suhu tinggi dan penting sekali adalah golongan berisiko terutama orang tua dan kanak-kanak yang berisiko kepada haba ini,” katanya kepada pemberita pada Majlis Perasmian Suite Derma Darah St. John Ambulans Malaysia di pusat beli-belah 1 Utama, Bandar Utama di sini, hari ini.

Semalam media melaporkan, Kementerian Kesihatan merekodkan 13 kes berkaitan cuaca panas sejak minggu pertama hingga kesembilan tahun ini.

Daripada jumlah itu, sebanyak empat kes membabitkan strok haba dan sembilan kerana kelesuan haba. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI