fbpx

Banjir, asbab Reen Rahim hadiahkan ibu bapa rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Reen bersyukur dapat menghadiahkan kediaman selesa buat ibu dan bapanya menjalani hari tua.

PETALING JAYA – Musibah banjir menjadi asbab pelakon Reen Rahim menghadiahkan ibu bapanya sebuah rumah baharu yang lebih selesa untuk menjalani hari tua.

Reen atau nama lengkapnya Noreen Ashikin Abdul Rahim, 36, mengakui, selama ini dia berdoa mencari apa yang terlepas pandang dalam hidup sehinggalah diberikan satu petanda banjir dan pokok tumbang yang menjejaskan kediaman orang tuanya.

“Saya berdoa dan bertanya apa yang saya terlepas pandang. Satu hari Allah jadikan asbab rumah ibu banjir dan pokok tumbang.

“Rupa-rupanya itu petanda yang Allah sampaikan buat saya sedar kebahagiaan bukan tentang diri sendiri, bahagia datang apabila kita bahagiakan orang yang disayangi,” katanya menerusi hantaran dalam Instagram.

Tambah pelakon itu Sue-On itu juga, walaupun dia sendiri sudah memiliki sebuah rumanh, namun hatinya tidak senang duduk kerana belum dapat membahagiakan ibu bapanya dengan sebuah kediaman selesa menjalani hari tua dan tempat berkumpul mereka sekeluarga.

“Sudah besar dan bekerja, saya dah siapkan rumah cantik serta selesa untuk saya seperti dalam majalah yang pernah saya tengok sebelum ini tetapi pelik, dah ada semua itu hati tetap tidak tenang.

“Saya niat buat cantik-cantik, nak ibu bapa duduk rumah ini tempat pulang kami adik-beradik. Saya mahu rumah ini jadi tempat ayah dan ibu rehat menikmati hari tua.

“Jangan persoal kenapa saya buat sehabis baik, macam mahu duduk di sini sedangkan saya akan tetap tinggal di rumah lama.

“Bagi saya yang membesar secara sederhana dan tidak mewah, ini adalah hadiah dari Allah yang sangat berharga buat saya dan keluarga,” kongsinya.

Paling utama nasihat Reen, jangan pernah abaikan impian mahupun hasrat yang terlintas dalam kepala, sebaliknya berusaha sedaya upaya menjadikan angan-angan itu sebagai realiti. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI