fbpx

Askar bunuh 4 orang termasuk bekas kekasih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
EMPAT orang terbunuh dalam kejadian tembakan di Scheebel semalam. - Foto EuroNews

BERLIN  – Seorang askar didakwa membunuh empat orang termasuk seorang kanak-kanak di sebuah rumah di Scheebel, Jerman, lapor portal berita MailOnline semalam.

Mangsa yang dibunuh merupakan bekas teman wanitanya, anak wanita berkenaan, teman lelaki baharunya dan ibu lelaki tersebut.

Polis melancarkan operasi sekitar pukul 3.30 pagi (waktu tempatan) semalam.

Sebilangan anggota polis berkejar  ke lokasi kejadian di daerah Rotenburg susulan aduan bunyi  tembakan, manakala sebuah helikopter digunakan untuk memburu  suspek penembak.

Polis menyerbu rumah itu dan mendapati terdapat beberapa mangsa di dalamnya. 

Polis tidak menolak motif pembunuhan berpunca daripada masalah yang berlaku dalam ‘persekitaran keluarga tersebut’.

Suspek kemudian menyerah diri kepada polis.

Peluru dan bahan letupan  ditemui di dalam kereta askar tersebut selain beberapa majalah senjata api turut dirampas.  – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI