fbpx

2 tahun hilang, Azar Azmi muncul dalam TikTok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lama menyepikan diri, pelakon Azar Azmi kini menyapa peminat dalam TikTok.

PETALING JAYA – Dua tahun hilang daripada radar industri hiburan sama ada menerusi arus perdana mahupun media sosial, pelakon Azar Azmi akhirnya membuatkan kemunculan mengejut dalam platform TikTok.

Menyapa peminat menerusi sebuah hantaran video, Azar atau nama lengkapnya Siti Azar Ameerah Azmi, 35, itu meminta orang ramai ‘berjemaah’ mengikuti akaun TikTok miliknya itu supaya dia boleh membuat siaran langsung.

“Assalamualaikum semua. Lama menyepi, kalau nampak ‘follow’ akaun saya ya.

“Bukan apa, saya nak cukupkan pengikut untuk buat membuat siaran langsung.

“Ada yang rindu Azar ke?,” soalnya.

Video berkenaan merupakan hantaran kedua yang dimuat naik selepas berkongsi gambar lama ketika masih aktif berlakon sebelum ini.

Menerusi beberapa perkongsian lain, dia dilihat lebih banyak melakukan video aktiviti harian di rumah seperti memasak dan rutin penjagaan kulit.

Lebih menarik, akaun pelakon drama Dua Takdir Cinta itu telah mencapai jumlah pengikut melebihi 85,000 meskipun baru dua hari diaktifkan.

Semakan Kosmo! Online menerusi ruangan komen pula, rata-rata netizen meluahkan rasa rindu dan berharap pelakon jelita itu segera kembali aktif berlakon.

“Rindu lakonan Azar, tolong buat kemunculan semula. Awak pandai berlakon, tidak kayu, rugi industri kehilangan pelakon berkualiti macam awak,” komen seorang netizen.

“Bila nak berlakon semula? Suka lakonan Azar, apa sahaja watak dibawa semuanya menjadi,” demikian luah pengguna TikTok.

Terdahulu, kehilangan Azar sejak Mei tahun 2022 mencetuskan tanda tanya termasuk rakan selebriti yang mendakwa turut gagal menjejaki atau menghubunginya.

Pelakon Hafreez Adam yang pernah rapat dengan Azar sebelum ini juga memaklumkan tidak mengetahui lakosi tepat aktres berkenaan tinggal. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI