fbpx

Zara Zya terkejut ditegur bekas tunang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelakon Zara Zya terkejut bertemu dengan bekas tunangnya buat kali pertama dalam sebuah acara semalam.

PETALING JAYA – “Hafreez tegur saya dahulu, kami profesional.”

Itu situasi yang dilalui pelakon Zara Zya apabila pertama kali bertemu dengan bekas tunangnya, Hafreez Adam semalam pada majlis pelancaran program Ramadan Astro sejak ikatan pertunangan mereka terlerai lima tahun lalu.

Menurut Zara atau nama penuhnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 38,

“Sejak putus tunang, kami tak pernah langsung berjumpa dalam mana-mana program. Bukan mengelak tetapi memang acara yang kami hadiri adalah berbeza.

“Namun, hari ini (semalam) buat pertama kalinya kami bertemu di acara ini. Selepas bergambar beramai-ramai, dia ada bertemu saya, bertanya khabar dan itu sahaja, terkejut jugalah,” katanya kepada Kosmo! Online di sini, hari ini.

Dia yang popular menerusi drama Pia itu menambah, hubungannya dengan Hafreez hanyalah atas dasar profesionalisme dan tidak pernah menyimpan dendam antara satu sama lain sejak putus tunang.

“Kami profesional dan tiada isu antara satu sama lain.

“Benda yang lepas biarkan berlalu. Kami berpisah pun bukan kerana isu besar kerana masing-masing ada jalan sendiri,” ujarnya.

Dalam masa sama, dia juga tidak menolak sekiranya terdapat tawaran lakonan yang memintanya bergandingan dengan Hafreez.

“Bagi saya, tiada masalah kalau nak bekerjasama dengan dia kalau semua itu dilakukan atas dasar kerja.

“Sebelum ini ada juga tawaran untuk kami bekerjasama untuk projek drama tetapi tidak dpaat dilakukan atas sebab kekangan masa,” katanya lagi.

Terdahulu, dua pelakon itu mula berkawan sejak berlakon dalam drama Mona Lisa sekitar tahun 2017 sebelum mengikat tali pertunangan pada 12 Oktober 2019.

Namun, selepas sebulan, Hafreez mengesahkan hubungannya dengan Zara sudah berakhir sejak November 2019 tanpa memberi penjelasan lanjut mengenai perpisahan mereka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI