fbpx

Wang tunai minimum RM1,992 bukan syarat utama masuk ke Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUAMI kepada seorang wanita didakwa dilarang masuk ke Thailand kerana tidak membawa wang tunai. - Foto AFP

BANGKOK –  Sebuah klip video dirakam wanita Indonesia yang mendakwa bahawa percutian bulan madunya ke Thailand musnah selepas suaminya tidak dibenarkan masuk ke negara itu kerana tidak membawa wang tunai minimum adalah tidak benar, lapor portal berita Thaiger semalam.

Dalam video itu, wanita berkenaan mendakwa bahawa semasa perjalanan bulan madu mereka pada Januari lalu, dia melalui pemeriksaan imigresen tetapi suaminya ditahan dan dihantar pulang kerana tidak membawa wang tunai.

Walaupun cuba mengeluarkan wang daripada  Mesin Teler Automatik (ATM) untuk membuktikan status kewangan mereka, suaminya masih dihantar pulang ke Indonesia.

Ia menyebabkan pembatalan perjalanan pasangan itu dan mereka memilih untuk berbulan madu di Jepun.

Namun, seorang  jurucakap Polis Imigresen Thailand mendedahkan semalam bahawa selepas siasatan dilakukan, pihaknya mendapati  wanita itu telah pergi ke Thailand bersendirian melalui Lapangan Terbang Don Mueang dari Jakarta pada 4 Januari lalu.

Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) tidak menunjukkan bukti ada suami yang menemani sekali gus bercanggah dengan dakwaannya.

Dia dibenarkan masuk ke Thailand dan meninggalkan negara itu pada 16 Januari lalu selepas tinggal selama 13 hari.

Siasatan juga mendapati wanita itu kerap melancong ke Thailand dan mengada-adakan cerita itu untuk menjana kandungan untuk perniagaan onlinenya, lapor laman berita KhaoSod. 

Insiden itu terbongkar apabila Kedutaan Indonesia  mengeluarkan amaran kepada rakyatnya supaya membawa wang tunai minimum 15,000 baht (RM1,992) untuk mengelak daripada diusir imigresen Thailand.

Menurut Imigresen Thailand,  tumpuan pemeriksaan adalah mengenai rancangan perjalanan dan tempahan penginapan pelawat, manakala wang tunai hanya elemen tambahan memandangkan ramai pelancong kini menggunakan kad kredit dan sistem pembayaran elektronik. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI