fbpx

Wajib minta izin dengan pemiutang sebelum pergi bercuti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Setiap individu yang mempunyai hutang tertunggak wajib meminta izin daripada pemiutang sebelum pergi bercuti atau bermusafir.

Menurut perkongsian seorang pendakwah, Ustaz Jafri Abu Bakar Mahmoodi di akaun TikToknya, beliau menjelaskan salah satu permusafiran yang dianggap salah di sisi syarak adalah mereka yang berhutang.

“Maksudnya duit tu patutnya dia bayar hutang, tetapi dia guna duit tu untuk pergi musafir atas perkara yang harus.

“Sebagai contoh, pergi ziarah adik-beradik, pergi melancong, pergi jumpa kawan-kawan. Bukan permusafiran atas darurat atau keperluan yang mendesak.

“Maka kalau tak mintak izin daripada tuan yang bagi dia hutang tu, maka permusafiran itu dianggap yang boleh mengundang dosa dan dia tidak boleh jamak dan qasar solat,” katanya.

Tambah Ustaz Jafri lagi, jika seseorang sudah mendapat keizinan dan pemiutang reda maka barulah penghutang boleh musafir dan melakukan solat jamak dan qasar.

Walau bagaimanapun ujarnya hukum tersebut tidak terpakai buat hutang yang berjadual atau belum sampai tempoh waktunya.

“Kalau dapat keizinan dan reda daripada tuan yang bagi hutang, maka barulah dia boleh musafir, jamak, dan qasar solat dia.

“Yang ini kira hutang yang jenis kena bayar segera ataupun hutang yang tertunggak.

“Tetapi kalau hutang yang berjadual atau pun hutang yang masih belum sampai tempoh waktunya, maka yang ini tiada masalah,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI