fbpx

[VIDEO] ‘Saya sedar tugas sebagai cikgu Ekonomi mereka dah berakhir’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang guru tidak dapat menahan sebak sejurus para pelajarnya selesai menduduki peperiksaan SPM bagi subjek Ekonomi.

PETALING JAYA – “Saat ketua pengawas umum ‘masa menjawab telah tamat’, saya tahu bahawa tugas saya sebagai cikgu Ekonomi mereka telah berakhir”.

Itu ungkapan seorang guru dari sebuah sekolah di Kuala Lumpur, yang berkongsi rasa sebak sejurus para pelajarnya selesai menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi subjek tersebut, baru-baru ini.

Menerusi video oleh Nazirah Nadzari di TikTok, dia pada mulanya kelihatan teruja ‘menyambut’ pelajar-pelajar lelaki yang terlebih dahulu keluar dari dewan peperiksaan berkenaan.

Namun, sejurus giliran pelajar-pelajar perempuan, dia meluru ke arah mereka sambil berpelukan antara satu sama lain sekali gus tidak mampu menahan sebak.

Rata-rata orang ramai memuji sikap dan kesungguhan guru berkenaan, malah ada juga yang berkongsi pengalaman serupa.

“Macam seorang ibu yang sedang tunggu anak-anaknya, kami sayang cikgu,” kata seorang pengguna.

“Mesti cikgu kegemaran anak-anak muridnya,” komen Kamilah Amin.

“Dah 12 tahun jadi cikgu. Setiap tahun memang macam ni perasaan bila budak-budak habis kertas sendiri (subjek diajar),” kongsi Angah didi. – KOSMO! ONLINE

@nazirahnadzari Alhamdulillah its a wrap 🥰 . #spm2023 #fyp ♬ original sound – A I N A

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI