fbpx

‘Ubi muda’ Liverpool dahagakan kejayaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DANNS membalas kepercayaan barisan kejurulatihan dengan meledak dua gol menewaskan Southampton awal pagi semalam. – AFP

LIVERPOOL – Barisan pemain muda Liverpool terus mencipta sensasi apabila tampil cemerlang untuk memastikan kemenangan 3-0 ke atas Southampton pada aksi pusingan kelima Piala FA di Anfield awal pagi ­semalam.

Pengendali pasukan, Jurgen Klopp jelas gembira dengan ‘ubi muda’ dimiliki The Reds yang menyaksikan Lewis Koumas meledak gol pada aksi sulungnya bersama skuad senior diikuti dua jaringan daripada Jayden Danns.

“Pasukan ini sekali lagi me­lakukan sesuatu yang cukup istimewa dan kami tidak mahu menjadikan hal luar padang menjejaskan pasukan. Situasinya cukup sukar kerana kami masih ada banyak perlawanan dan kini kekurangan pemain.

“Atas beberapa alasan, terdapat perkara positif dalam latihan serta bilik persalinan. Walaupun berdepan kesukaran, kami berhak untuk layak dan meraih kemenangan ini,” katanya.

Kejayaan itu hadir selepas pemain muda Liverpool menewaskan Chelsea dalam aksi final Piala Liga Inggeris baru-baru ini dan kini di­jadualkan menentang seteru utama, Manchester ­United di suku akhir Piala FA pada 16 Mac ini.

Sementara itu, Danns me­ngakui, dua jaringan dihasilkannya menjadikan dia seperti bintang filem dan gembira kerana mampu melunaskan impian ­besar.

“Jujurnya ia adalah mimpi yang menjadi kenyataan. Saya menyokong kelab ini sejak kecil dan pada akhirnya saya mampu menjaringkan gol untuk kelab ini,” jelas penyerang muda ber­usia 18 tahun itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI