fbpx

Saifuddin tangkis dakwaan KDN pinda akta kawal media dalam talian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saifuddin pada sidang akhbar di Putrajaya, hari ini. - Foto oleh FAISOL MUSTAFA / KOSMO!

PUTRAJAYA – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail hari ini menangkis dakwaan bahawa Kementerian Dalam Negeri (KDN) mahu meminda Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) 1984 bagi meluaskan kawalan terhadap media dalam talian.

Menurutnya, sehingga kini tiada sebarang cadangan yang menjurus kepada keperluan untuk meminda akta berkenaan terutamanya membabitkan media dalam talian.

Bagaimanapun, beliau memaklumkan sekiranya ada pindaan yang akan dilaksanakan, ia hanya melibatkan nilai kompaun bagi beberapa pelanggaran atau salah laku.

“Mengenai Majlis Media, saya ada ditanya betul ke KDN menentang penubuhan ini? Saya terkejut jugalah (kerana) perkara ini dibincang di dalam mesyuarat Kabinet yang lepas. Saya tengok dan semak dengan KSU (Datuk Ruji Ubi) bahagian mana kita tak setuju, tiada pun pendirian yang kata kita tak setuju dari dasar, itu tak betul.

“Saya juga ditanya adakah KDN akan pinda akta percetakan untuk kawal media dalam talian, itu juga tak betul. Kita tak ada cadangan pindaan ke arah itu, kalau ada (hanya) baru terfikir pindaan dari segi kompaun atas beberapa pelanggaran, itu sahaja.

“Pindaan berkaitan nak kawal media online tak ada dalam radar kami,” katanya menerusi sidang akhbar di sini hari ini.

Jelas Saifuddin lagi, KDN juga tidak menentang penubuhan Majlis Media Malaysia yang akan dibentangkan pada sidang Parlimen, Jun depan.

Media pada 21 Februari lalu melaporkan, draf Rang Undang-Undang (RUU) berkenaan sedang disiapkan Jabatan Peguam Negara dan akan dibawa ke Jemaah Menteri untuk kelulusan sebelum dibentangkan di Parlimen. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI