fbpx

SAFF gantung, denda Cristiano Ronaldo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RONALDO dianggap berkelakuan melampau ketika meraikan kemenangan Al-Nassr menyebabkan dia digantung dan didenda. – AFP

RIYADH – Penggempur Al-Nassr, Cristiano Ronaldo ­akhirnya membuka mulut mengenai tuduhan berkelakuan melampau ketika meraikan kemenangan 3-2 pasukan itu sewaktu menewaskan Al-Shabab sebelum ini.

Pemain ber­usia 39 tahun itu berdepan hukuman ekoran tindakan melakukan isyarat lucah tersebut yang dikatakan berpunca daripada sorakan penyokong Al-Shabab yang melaungkan nama Lionel Messi.

Ekoran tindakan itu, Ronaldo digantung satu perlawanan selepas Jawatankuasa Tatatertib dan Etika Persekutuan Bola Sepak Saudi (SAFF) dan didenda.

Bintang Portugal itu juga perlu membayar denda Saudi Arabia Riyal (SAR) 10,000 (RM12,700) kepada SAFF dan SAR 20,000 (RM25,410) kepada Al-Shabab untuk menampung kos yuran pemfailan aduan.

Bagaimanapun, Ronaldo seakan tidak mengakui ke­salahan yang dilakukannya dan meng­anggap ia adalah sebahagian daripada cara meraikan kemenangan selain tidak dianggap sebagai keterlaluan di Eropah.

“Saya menghormati semua kelab. Kegembiraan itu menunjukkan kekuatan dan kejayaan kami memenangi perlawanan dan bukan berniat memalukan sesiapa. Kami se­ring melakukannya di Eropah,” ­katanya.

Video yang tular di media sosial merakamkan Ronaldo menekup telinganya sebelum berulang kali menunjukkan isyarat lucah ditujukan kepada penyokong Al Shabab yang melaungkan nama Messi.

Musim ini menyaksikan ­Ronaldo meledak 34 gol dalam 25 perlawanan bersama Al-Nassr dan menjadi seorang pemain yang sangat berpengaruh di liga berkenaan selepas berhijrah pada 2022. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI