fbpx

Ramai setuju kedai makan perlu laksana sistem ‘bayar dulu’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Sejak kebelakangan ini, ramai peniaga kedai makan berkongsikan kisah sedih apabila mengalami kerugian gara-gara pelanggan melarikan diri tanpa buat sebarang bayaran.

Justeru ramai pengguna media sosial berpendapat kedai-kedai makan harus melaksanakan sistem ‘bayar dulu’ bagi mengelakkan kerugian dan memudahkan urusan perniagaan.

Pandangan-pandangan tersebut diperolehi daripada tinjauan Kosmo! di aplikasi X dalam satu soalan yang diciap oleh @localrkyt mengenai pilihan orang ramai tentang bayaran sebelum atau selepas makan.

Ada di antara mereka menyatakan tidak mahu diganggu apabila pelayan restoran membuat kiraan ketika sedang makan.

“Saya pilih bayar dulu baru makan. Saya tak suka bila tengah makan masa itulah sibuk nak kira-kira. Kalau dah bayar senang. Habis makan boleh terus balik. Kadang bukan pelayan ingat meja ni dah bayar ke belum,” ciap Feera.

“Saya pun pilih bayar dulu baru makan. Lagi-lagi masa makan nasi campur. Senang kalau terus bayar. Ini dah nak habis makan baru pelayan datang kira. Lepas tu tanya kita makan apa,” ciap Iamraff pula.

Berpandangan yang sama, beberapa pengguna turut menganggap jika membuat pembayaran dulu, para peniaga boleh mengira berdasarkan kuantiti makanan yang diambil sahaja.

“Bayar dulu baru makan lebih baik, supaya tak terkena cas lebih. Paling tidak, kalau tiba-tiba dia kata harga sekian-sekian mahal, boleh letak balik,” komen Fathi.

“Kadang-kadang peniaga suruh makan dulu. Pastu aku dapat ayam goreng kecil, sampai kaunter peniaga tu tekan harga ayam goreng sebesar lori,” komen pengguna yang lain pula.

Namun ada beberapa pengguna lebih memilih untuk makan dulu baru bayar lagi-lagi jika datang ke restoran bersama rakan-rakan.

“Lebih pilih makan dulu baru bayar. Sebab kalau makan dengan kawan-kawan nanti nak kira-kira senang lepas dapat resit campur cukai. Kalau bayar dulu baru makan takut muka yang sama je membayar nanti,” komen Baim pula.

“Kalau makan dengan keluarga, senang makan dulu baru bayar. Sebab ada yang nak tambah pesanan lagi kalau tak cukup. Kalau makan seorang, senang bayar dulu baru makan. Lepas makan terus jalan,” ciap pengguna yang lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI