fbpx

Peserta program perhimpunan RXZ Fighter maut di LPT 1

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat seorang penunggang motosikal yang maut dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 166.6 LPT 1 di Maran hari ini.

MARAN – Hasrat seorang peniaga pasar malam untuk menyertai perhimpunan RXZ Fighter di Kuantan tidak kesampaian apabila dia maut kemalangan jalan raya di Kilometer 166.6 Lebuh Raya Pantai Timur ( LPT) 1 dekat sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 10.55 pagi hari ini, mangsa, Muhammad Lokman Abdul Aziz , 29, yang berasal dari Kuala Kangsar, Perak yang menunggang motosikal jenis Yamaha RXZ dalam perjalanan untuk menyertai program perhimpunan RXZ Fighter di Kuantan.

Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superintenden Mohamad Zamri Mohamad Zaber berkata, berdasarkan siasatan kemalangan berlaku apabila motosikal yang ditunggang mangsa secara tiba-tiba hilang kawalan dan terbabas ke sebelah kiri jalan lalu melanggar besi penghadang sebelah kiri.

“Hasil temu bual awal dengan rakannya di tempat kejadian mendapati mangsa bersama 14 orang ahli konvoi motosikal dari Kuala Kangsar menghala ke arah Kuantan.

“Ketika kejadian, mangsa berada di belakang sekali dalam konvoi tersebut,” katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah di sini hari ini.

Menurut Mohamad Zamri, akibat kemalangan, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian sejurus tiba dengan ambulans di situ.

“Siasatan awal kemalangan dipercayai berpunca kecuaian penunggang motosikal berkenaan dan kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI