TAIPEI – Sepasang suami isteri warga Thailand memuji polis Taiwan kerana membantu mencari sebentuk cincin perkahwinan yang hilang ketika mereka menaiki bas, lapor portal berita VNExpress kelmarin.
Pasangan itu berada di Taiwan untuk berbulan madu. Mereka melaporkan kehilangan cincin tersebut di Balai Polis Jizhong, Bandar Taichung pada Sabtu minggu lalu.
Menurut akhbar Liberty Times, pasangan tersebut perlu pulang ke Thailand dalam tempoh tiga hari kerana masalah keluarga.
Mereka tidak menemui cincin itu selepas menaiki bas ke Bandar Nantou.
Rakaman kamera pengawasan yang diteliti pihak polis menunjukkan cincin itu hilang apabila si isteri cuba menyapu krim tangan dan menunggu kereta untuk membawanya ke stesen bas.
Dia meletakkan dua bentuk cincin termasuk cincin perkahwinannya di atas beg pakaian dan secara tidak sengaja meninggalkannya.
Bagaimanapun, sepasang suami isteri yang lebih tua menemui cincin itu di lantai dan menyerahkannya kepada polis, demikian menurut Taiwan News. – AGENSI