fbpx

KPM serah RM11.5 juta Dana Kemanusiaan Palestin kepada KLN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KPM menyerahkan cek sumbangan kutipan Dana Kemanusiaan Palestin berjumlah RM11.5 juta kepada KLN, hari ini.

PETALING JAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) menyerahkan cek sumbangan kutipan Dana Kemanusiaan Palestin berjumlah RM11.5 juta kepada Kementerian Luar Negeri (KLN), hari ini.

Menerusi satu kenyataan oleh KPM, dana berkenaan dikumpul menerusi acara Minggu Solidariti Palestin di semua institusi pendidikan KPM dan sumbangan pelbagai pihak.

“Cek sumbangan berkenaan diserahkan oleh Ketua Setiausaha KPM, Datuk Indera Nik Nasarudin Mohd. Zawawi ketika mengadakan kunjung hormat ke atas Ketua Setiausaha KLN, Datuk Seri Amran Mohd. Zin,” kata kenyataan itu.

Jelas kenyataan itu, sumbangan diserahkan kepada KLN selaku kementerian yang bertanggungjawab menyelaras bantuan Kerajaan Malaysia kepada Palestin.

“Kedua-dua pihak turut bertukar pandangan berhubung situasi terkini dan usaha yang dilaksanakan untuk membantu menangani krisis kemanusiaan di Palestin.

“KPM sentiasa bersolidariti dengan perjuangan rakyat Palestin serta komited mendidik murid dan seluruh warganya tentang nilai manusiawi,” tambah kenyataan sama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI