fbpx

Kereta terjunam dari parkir tingkat satu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kereta yang dipercayai melanggar tembok sebelum terjatuh di Menara TA One Jalan P. Ramlee Kuala Lumpur. - Foto IHSAN BOMBA KL

KUALA LUMPUR – Seorang wanita dikejarkan ke hospital akibat cedera selepas kereta dipandunya jatuh dari bangunan tempat letak kenderaan di tingkat satu di Menara TA One Jalan P. Ramlee, di sini, tengah hari tadi.

Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan pada pukul 1.05 tengah hari seterusnya menghantar jentera ke tempat kejadian.

Katanya, seramai 15 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tun Razak dan BBP Pudu diarahkan ke lokasi.

Menurut Komander Operasi Kanan, Pegawai Bomba Kanan II, Khairul Azha Rifin, terdapat sebuah kereta berada dalam keadaan terbalik dan bahagian bumbung kereta berkenaan remuk.

“Kereta berkenaan dipercayai telah melanggar tembok penghalang lalu terjatuh dari tingkat satu tempat letak kenderaan bangunan terbabit.

“Terdapat seorang mangsa wanita mengalami kecederaan di kepala dan lutut.

“Mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, siasatan punca kejadian dan tindakan selanjutnya diserahkan kepada polis. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI