fbpx

‘Kampung’ Rohingya terbesar di Negeri Sembilan digempur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara warga asing yang diperiksa dalam Operasi Bersepadu di Taman Jujur di Sikamat, malam tadi, yang menjadi penempatan Rohingya sejak 16 tahun lalu. - Foto oleh NOR AINNA HAMZAH / KOSMO!

SEREMBAN – Sebuah taman perumahan di Sikamat, di sini yang menjadi penempatan Rohingya sejak 16 tahun lalu diserbu pihak berkuasa dalam satu Operasi Bersepadu, malam tadi.

Kehadiran warga asing tersebut dianggap penduduk seperti virus yang sedang merebak kerana kini turut menyediakan khidmat premis kediaman dua tingkat sebagai sekolah untuk kanak-kanak negara itu.

Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Abd Khalid Othman berkata, penempatan di Taman Jujur berkenaan merupakan antara lokasi ‘hotspot’ dan operasi itu lebih memfokuskan kepada pemeriksaan dokumen ke atas warga asing di kawasan tersebut.

“Tempat ini (Taman Jujur) memang dah jadi ‘hotspot’… dah jadi kampung Rohingya di sini. Sasaran kita mencari, meluaskan pemeriksaan atau kawalan terhadap warga asing yang ada di Negeri Sembilan.

“Dalam operasi ini, kita telah menjalankan pemeriksaan ke atas 340 warga asing iaitu 335 membabitkan warga Mynmar, tiga warga Indonesia dan dua warga Bangladesh,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Ops Bersepadu di sini, malam ini.

Selain pihak polis, operasi yang bermula kira-kira 10 malam itu membabitkan dua agensi lagi iaitu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dengan kekuatan 64 pegawai serta anggota.

Jelasnya lagi, dalam pemeriksaan tersebut, sebanyak 29 warga asing dikesan melakukan kesalahan iaitu 24 warga Myanmar terdiri daripada 15 lelaki, enam perempuan, dua kanak-kanak lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan tidak memiliki sebarang dokumen dan disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963.

“Tiga warga Indonesia termasuk dua wanita dan dua warga Bangladesh dikesan melakukan kesalahan tinggal lebih masa dan disiasat di bawah Seksyen 15(1) Akta Imigresen 1959/1963.

“Tangkapan JIM akan dibawa ke Pejabat Unit Tindakan Imigresen, Senawang untuk pemeriksaan lanjut sebelum dihantar ke Depo Tahanan Imigresen Lenggeng,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI