fbpx

Hujan lebat, ribut petir di Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat di negeri Sabah sehingga pukul 1 tengah hari ini.

MetMalaysia menerusi kenyataannya berkata, ia melibatkan beberapa kawasan dan disertai ribut petir serta angin kencang.

“Cuaca buruk dijangka berlaku di Sabah melibatkan daerah Sandakan iaitu di Telupid dan Kinabatangan,” kata kenyataan itu.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI