fbpx

Harga tiket funikular Bukit Bendera naik 1 Mei nanti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiket perkhidmatan funikular Bukit Bendera akan meningkat bermula Mei nanti.

GEORGE TOWN – Harga tiket bagi perkhidmatan funikular Bukit Bendera yang merupakan salah satu ikon pelancongan popular di negeri ini akan meningkat berkuatkuasa 1 Mei nanti.

Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang (PBAPP) berkata, harga baharu bagi dua hala (laluan biasa) untuk pemegang MyKad, MyKid dan pemegang kad yang sah iaitu Malaysia My Second Home (MM2H), permit kerja, pasangan warganegara Malaysia dan lain-lain berharga RM16 untuk dewasa berbanding RM12 pada masa sekarang.

“Harga baharu tiket bagi kanak-kanak berusia empat hingga 12 tahun dan warga emas 60 tahun ke atas ialah RM8 berbanding RM6, manakala sehala pula RM4,” katanya di sini, hari ini.

Menurut PBAPP, tiket sunrise untuk pemegang MyKad dan MyKid yang boleh didapati pada musim luar puncak adalah berharga RM5 berbanding RM3 ketika ini.

“Kenaikan ini kerana kos operasi dan penyelenggaraan yang sentiasa meningkat bagi perkhidmatan serta infrastruktur.

“Keadaan ini tidak dapat dielakkan dan ia menyebabkan PBBPP perlu menyemak semula harga tiket dari semasa ke semasa dengan semakan harga tiket terakhir dibuat pada tahun 2019,” katanya.

Tambahnya, bagi memastikan funikular boleh dinaiki oleh pemegang MyKad,MyKid dan penduduk tempatan, PBBPP sentiasa memastikan harga tiket kekal berpatutan.

”Walaupun kadar harga berubah, harga tiket funikular Bukit Bendera kekal sebagai salah satu yang paling berpatutan di seluruh dunia,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI