fbpx

DUN Selangor: Teliti naik denda RM10,000 kepada pemilik lembu berkeliaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SHAH ALAM – Kerajaan negeri bercadang menaikkan denda sehingga RM10,000 kepada mana-mana pemilik lembu yang membiarkan haiwan tersebut berkeliaran.

Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan, Datuk Ng Suee Lim berkata, ini berikutan denda yang rendah iaitu RM1,000 ketika ini tidak menambahkan kegentaran di kalangan pemilik lembu tersebut.

Berdasarkan Seksyen 5 (1) Enakmen Mengawal Lembu-Lembu 1971 turut memperuntukkan penjara tidak melebihi 12 bulan sekiranya disabitkan kesalahan.

“Saya nampak isu ini menjadi kritikal kalau (haiwan) berkeliaran dan tiada siapa mahu mengaku lembu itu milik mereka dan masalah ini juga dihadapi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

“Bagi saya, kita akan semak juga pada enakmen tersebut. Denda RM1,000 mungkin terlalu kecil dan kita akan semak dan perincikan antara RM5,000 hingga RM10,000. Esok (nanti) senang sikit jaga lembu dan kalau tidak tuannya akan lalai dan hilang tanggungjawab,” katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Datuk Dr. Ahmad Yunus Hairi yang ini mengetahui tindakan kerajaan negeri dalam menyelesaikan beberapa tapak-tapak pusat ternakan ruminan yang sepatutnya diletakkan lembu berkeliaran masih kosong.

Suee Lim turut menegaskan pihaknya mengambil maklum berhubung cadangan Liw Kiang Keong (PH-Sungai Pelek) agar cip diletakkan pada lembu tersebut bagi memudahkan proses pengenalpastian pemilik haiwan terutama sekiranya berlaku kemalangan maut.

“Saya ambil maklum (cadangan itu) dan kita akan mengadakan penelitian dan bengkel bagaimana dalam mengawal selia isu (lembu berkeliaran) ini dengan baik bersama PBT,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI