fbpx

Arif Aiman, Faisal Halim kekal perkuat Harimau Malaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
21 pemain yang mewakili skuad Harimau Malaya pada kempen Piala Asia 2023, Januari lepas telah dikekalkan oleh Kim Pan-gon.

PETALING JAYA – Ketua jurulatih skuad Harimau Malaya, Kim Pan-gon membuat keputusan untuk kekalkan 21 tonggak skuad Piala Asia 2023 dalam senarai terkini 33 pemain yang dipanggil untuk sertai latihan pusat kebangsaan bermula 8 Mac depan.

Dalam senarai tersebut, 12 pemain baharu telah dipanggil bagi menguatkan pasukan untuk mengharungi aksi Kumpulan D kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 menentang Oman pada 22 Mac dan 26 Mac nanti.

Menurut Pan-gon, sebahagian daripada 33 pemain ini akan melapor diri 15 Mac dan selepas itu beberapa pemain yang berusia bawah 23 tahun (B-23) akan dilepaskan ke kem latihan pusat skuad B-23 kendalian Juan Torres Garrido.

“Kita faham pasukan-pasukan kelab sedang menjalani latihan pramusim dan pada masa sama, kalendar antarabangsa FIFA pula hanya akan bermula dari 18 hingga 26 Mac.

“Namun, kita tetap perlu melakukan persediaan awal bagi menghadapi dua perlawanan menentang Oman ini dan sebab itu saya memulakan kem latihan pusat pada 8 Mac dengan memanggil sama beberapa pemain skuad B-23.

“Selepas perbincangan dengan kelab-kelab terlibat, sebahagian pemain hanya akan melapor diri pada 15 Mac kerana saya faham yang mereka baru saja kembali dari bercuti dan baru memulakan latihan,” kata Pan-gon dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) turut mengeluarkan nama 20 pemain yang diletakkan dalam senarai bersedia jika terdapat perubahan dalam senarai awal 33 pemain pilihan Pan-gon. – KOSMO! ONLINE

SENARAI 33 PEMAIN KE KEM LATIHAN PUSAT HARIMAU MALAYA

 

PENJAGA GOL

AHMAD SYIHAN HAZMI (JDT)
SIKH IZHAN NAZREL (PENANG FC)
SUHAIMI HUSIN (TFC)
AZRI AB GHANI (KL CITY)

PERTAHANAN

MATTHEW DAVIES (JDT)
LA’VERE CORBIN-ONG (JDT)
SHAHRUL SAAD (JDT)
JUNIOR ELDSTAL (JDT)
SHARUL NAZEEM ZULPAKAR (SELANGOR FC)
HARITH HAIQAL ADAM AFKAR (SELANGOR FC)
AHMAD ZIKRI KHALILI (SELANGOR FC)
V. RUVENTHIRAN (SELANGOR FC)
AZAM AZMI MURAD (TFC)
SAFWAN MAZLAN (TFC)
DOMINIC TAN (SABAH)
DANIEL TING (SABAH)
DION COOLS (BURIRAM UNITED)

TENGAH
ENDRICK DOS SANTOS (JDT)
ARIF AIMAN HANAPI (JDT)
SYAMER KUTTY ABBA (JDT)
JUNIOR ELDSTAL (JDT)
MUKHAIRI AJMAL MAHADI (SELANGOR FC)
NOOA LAINE (SELANGOR FC)
AKHYAR RASHID (TFC)
STUART WILKIN (SABAH)
PAULO JOSUE (KL CITY)
T. SARAVANAN (SRI PAHANG)
BRENDAN GAN

PENYERANG
ROMEL MORALES (JDT)
FAISAL HALIM (SELANGOR FC)
ALIFF IZWAN YUSLAN (SELANGOR FC)
SAFAWI RASID (TFC)
DARREN LOK (SABAH)
HAQIMI AZIM ROSLI (KL CITY)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI