fbpx

Tidak perlu tukar nama, jenama Pasar Payang sudah kukuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasar Besar Kedai Payang di Kuala Terengganu.

KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri Terengganu tidak berhasrat untuk menjenamakan semula Pasar Besar Kedai Payang sebagai Central Market seperti dicadang Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) semalam.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pusat sehenti produk kraftangan dan makanan Terengganu yang berusia 60 tahun itu akan kekal dengan nama asalnya, Pasar Besar Kedai Payang.

“Kerajaan Negeri Terengganu tidak berhasrat untuk menukar nama Pasar Besar Kedai Payang kepada suatu nama lain.

“Nama Pasar Besar Kedai Payang itu sendiri mempunyai susur galur sejarah, budaya dan resam yang unik serta dekat di hati rakyat Terengganu,” katanya di sini hari ini.

Ahmad Samsuri berkata, hasrat sebenarnya memperkasa pasar tersebut agar terus menjadi destinasi utama tumpuan pelancong di negeri ini.

Jelas beliau, ia sesuai dengan reputasi Pasar Besar Kedai Payang yang memiliki sejarah tersendiri dan berada di kedudukan strategik di tengah Terengganu.

Kosmo! Online semalam melaporkan Menteri KPKT, Nga Kor Ming mencadangkan Pasar Besar Kedai Payang dijenamakan sebagai Central Market@Pasar Payang agar nilai komersialnya setanding dengan Pasar Seni Kuala Lumpur.

Beliau berkata, penjenamaan semula tersebut dapat menjadikan Pasar Kedai Payang lebih dikenali di peringkat antarabangsa sekaligus menarik ramai lagi pelancong. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI