fbpx

Taktik bungkus serbuk dadah dalam pek ‘adiwira’ tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shahrulnizam (tengah) menunjukkan bungkusan serbuk jus dadah pada sidang akhbar di IPD Petaling Jaya, hari ini.

PETALING JAYA – Mengisi campuran serbuk khayal dadah di dalam pek bungkusan gula-gula ‘Ironman’ dan ‘Superman’ sebelum dijual RM250 seunit di pusat hiburan.

Kelicikan sindiket pengedaran dadah itu berjaya ditumpaskan pihak polis dalam serbuan di sebuah apartmen di Sungei Wei, di sini, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner, Shahrulnizam Jaafar@Ismail berkata, serbuan pada pukul 10.40 malam berjaya menahan seorang lelaki berusia 26 tahun bersama sebuah kotak mengandungi pelbagai jenis dadah.

“Kita menemui lima paket plastik lutsinar disyaki mengandungi pil ekstasi, dua paket lutsunar disyaki mengandungi ketamin, 28 keping pil erimin 5, dan 304 paket serbuk ekstasi.

“Turut dijumpai alat memproses jus dadah antaranya lima alat pengisar, dua gunting, dua penimbang digital, enam platik lutsinar mengandungi plastik kosong,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Menurut beliau, sindiket menggunakan taktik mengisarkan beberapa jenis dadah sebelum membungkusnya di dalam plastik seberat 105 gram (g) dan dijual pada harga RM250 di sekitar pusat hiburan di sekitar Lembah Klang.

“Keseluruhan rampasan membabitkan serbuk ekstasi seberat 5 kilogram, pil ekstasi (405g), ketamin (73g), pil erimin 5 (80g) bernilai kira-kira RM406,309. Jumlah keseluruhan sitaan pula bernilai RM2,820 membabitkan wang tunai dan sebuah tablet.

Tambah beliau, dalam serbuan tersebut, lelaki tempatan yang ditahan di dalam kediaman itu turut didapati positif dadah jenis benzo.

Jelas Shahrulnizam, siasatan lanjut mendapati suspek aktif mejalankan perniagaan tersebut sejak dua tahun lalu.

“Seorang lagi rakan suspek masih bebas yang bernama Wong Kein Lim, 31 tahun, kita sedang mengesan keberadaannya.

“Suspek direman selama enam hari bermula Sabtu lalu hingga hari ini. Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI