BALING – Kegembiraan 10 sahabat beriadah pada musim cuti sekolah di Sungai Ketil, Kampung Kuala Merah, Kuala Ketil di sini, berakhir tragedi selepas salah seorang daripada mereka ditemui mati lemas kelmarin. Mayat Muhammad Fakhrullah Mohamad, 15, yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjong Puteri ditemui tersangkut pada reba pokok kira-kira pukul 10 pagi. Rakan mangsa, Mohamad Irfan Md. Saad, 13, berkata, dia bersama 10 rakannya terkilan tidak dapat menyelamatkan Muhammad Fakhrullah ketika melihat mangsa tenggelam timbul di permukaan air.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya