fbpx

Raja Norway semakin pulih di Langkawi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail menunjukkan Raja Harald menggunakan tongkat. - Foto AFP

 

OSLO  – Pemerintah Norway, Raja Harald V kini semakin pulih daripada  jangkitan selepas dimasukkan ke sebuah hospital ketika bercuti di Malaysia, kata pejabat monarki berkenaan seperti dilaporkan portal berita The Guardian hari ini.

Bagaimanapun, Raja Harald, 87, terus berada di Pulau Langkawi, negeri Kedah, manakala tarikh baginda dibenarkan meninggalkan hospital belum diketahui, kata Dewan Diraja Norway dalam satu kenyataan.

Menurut kenyataan sama, doktor peribadi  Raja Harald juga  berada di Langkawi dan mengesahkan bahawa baginda semakin pulih daripada jangkitannya.

Raja Harald dijaga dengan baik di hospital berkenaan dan menerima rawatan yang baik, jelas  kenyataan itu.

“Baginda akan terus berada di hospital selama beberapa hari lagi. Tiada keputusan dibuat berhubung kepulangan baginda ke tanah air,” tambahnya.

Sebelum ini, pemerintah tertua di Eropah yang mencecah usia 87 tahun pada bulan ini itu memerlukan tongkat untuk bersiar-siar. Baginda menghidap beberapa jenis penyakit sejak akhir-akhir ini dan pernah menjalani pembedahan jantung. 

Kelmarin, istana diraja di Oslo berkata, Raja Harald dimasukkan ke hospital kerana mengalami jangkitan tetapi tidak memberikan sebarang butiran lanjut. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI