fbpx

Pembancuh teh tepi jalan tidak sangka popular di Instagram Gates

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DOLLY Chaiwala berdiri bersama Gates di Nagpur baru-baru ini. - Foto X

NEW DELHI  – Seorang pembancuh di warung teh tepi jalan di Nagpur, India tidak menyangka menjadi popular selepas videonya bersama Bill Gates menjadi tular di platform Instagram milik taikun teknologi itu, lapor portal berita India Today hari ini.

Gates ketika melawat India baru-baru ini berhenti di warung teh Dolly Chaiwala yang terkenal kerana gaya  dan teknik uniknya ketika membancuh minuman tersebut.

Taikun itu berkongsi video menunjukkan dia menghirup teh yang dibuat oleh Dolly Chaiwala dan kagum kerana inovasi boleh ditemui di setiap pelosok di India termasuk dalam penyediaan teh.

Berkongsi video itu Gates menulis, “Di India, anda boleh menemui inovasi di mana-mana sahaja walaupun dalam penyediaan secawan teh yang ringkas!”

Gates juga boleh didengari pada permulaan video menulis: “Satu chai (teh).”

Menurut agensi berita PTI, Dolly Chaiwala memiliki gerai teh di tepi jalan berhampiran stadium VCA lama. 

Laporan itu seterusnya menyatakan bahawa nama sebenar penjual teh itu tidak diketahui tetapi dia lebih dikenali sebagai Dolly Chaiwala di media sosial. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI