fbpx

Neelofa umum ‘pencen’ tilik keputusan AJL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SELEPAS beberapa kali membuat ramalan tepat terhadap pemenang Anugerah Juara Lagu (AJL), selebriti Neelofa menyerahkan tugas tersebut kepada netizen untuk edisi AJL38 tahun ini.

PETALING JAYA – Selalu membuat ramalan tepat mengenai pemenang Anugerah Juara Lagu (AJL) namun, bagi edisi AJL ke-38 usahawan selebriti Neelofa menyerahkan ‘baton’ kepada netizen untuk membuat tugasan tersebut.

Kata pemilik nama lengkap Noor Neelofa Mohd. Noor, 35, bagi musim kali ini dia sudah bersedia untuk ‘pencen’ daripada melakukan perkara yang pernah dibuat sebelum ini.

“Tahun ini bersara, kalian (anda semua) tekalah pula,” selorohnya dalam muat naik status aplikasi X.

Bekas hos program Meletop itu berkata demikian ketika membalas pertanyaan seorang pengikutnya mengenai ramalan AJL38.

Sebelum ini Neelofa pernah membuat tekaan tepat selama empat tahun berturut-turut bermula edisi 31 sehingga AJL34.

Namun, pada edisi ke-35 ramalannya tidak mengena selepas lagu Semalam nyanyian Aina Abdul yang menjadi pilihannya terpaksa mengalah kepada Gila (Noki, Loca B, Kaka Azraff) yang dinobatkan sebagai Juara Lagu.

Begitupun, pada AJL36 lagu tekaan Neelofa iaitu Pelukan Angkasa dendangan Shila Amzah dan Sekumpulan Orang Gila (SOG) tepat membawa pulang trofi, manakala musim ke-37 pertandingan sama, Terus Hidup daripada Aina menepati ramalannya.

Selain AJL, isteri kepada penceramah bebas Haris Ismail atau PU Riz itu juga pernah membuat ramalan untuk beberapa acara pengiktirafan lain termasuk Anugerah Bintang Popular.

Sementara itu, tinggal tiga hari lagi sebelum malam kemuncak majlis pengiktirafan kepada komposer, penulis lirik serta penyanyi yang menghasilkan karya terbaik berlangsung.

Bakal diadakan di Axiata Arena Bukit Jalil pada 3 Mac ini, sebanyak 12 dendangan terbaik akan bertanding bagi merebut gelaran Juara Lagu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI