fbpx

F1: Mick Schumacher sasar kerusi ‘kosong’ Hamilton

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MICK yakin kemampuannya untuk membawa cabaran Mercedes bagi menggantikan khidmat Hamilton yang berhijrah ke Ferrari musim depan. - AFP

SAKHIR – Bekas pelumba Haas, Mick Schumacher sedia untuk kembali ke perlumbaan Formula Satu (F1) dengan menjadikan slot yang ditinggalkan Lewis Hamilton di pasukan Mercedes AMG musim depan sebagai keutamaan.

Dia yang merupakan anak kepada juara dunia tujuh kali, Michael Schumacher akan menyertai Mercedes musim ini sebagai pelumba simpanan selain beraksi dalam Kejohanan Endurance Dunia (WEC).

Schumacher bersedia membuktikan sesuatu kepada Mercedes memandangkan dia sudah memasang hasrat untuk mengisi kekosongan yang bakal ditinggalkan Hamilton sebaik sahaja menyertai Ferrari tahun depan.

“Sudah tentu saya tahu ada satu kekosongan dalam pasukan Mercedes tahun depan. Buat masa ini, memang saya berhasrat untuk kembali bersaing dalam F1, jadi saya harap ia akan menjadi kenyataan.

“Apa yang penting sekarang adalah saya perlu jalankan tanggungjawab sebagai pelumba simpanan. Kita tunggu dan lihat apa yang akan berlaku nanti kerana Mercedes tahu kemampuan saya,” katanya.

Sebelum ini, Schumacher pernah beraksi selama dua musim dalam perlumbaan F1 sebelum dia kehilangan tempat bersama pasukan itu gara-gara prestasi yang cukup mengecewakan.

Bagaimanapun, kariernya dilihat kembali bersinar selepas Mercedes mengambil keputusan untuk membawa masuk Schumacher sebagai pelumba simpanan selain memainkan perananan untuk simulasi perlumbaan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI