fbpx

KWSP dijangka umum inisiatif Akaun 3, April ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dijangka mengumumkan inisiatif Akaun Fleksibel atau Akaun 3 pada April ini merangkumi mekanisme serta syarat kelonggaran pengeluaran kepada pencarum.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, mekanisme mengenai Akaun 3 itu akan diperjelaskan kepada pencarum selepas KWSP mengumumkan jumlah agihan dividen pada Ahad ini.

“Mereka (KWSP) juga akan menyatakan dan menerangkan cara-cara pengeluaran, mekanisme yang ada di mana pemecahan akaun tiga akan diterangkan,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Khairil Nizam Khirudin (PN-Jerantut) mengenai status terkini Akaun 3 khususnya dari segi kaedah pengeluaran.

Tambah beliau, kerajaan tidak melihat kepada sebarang pengeluaran secara bersasar kerana ia hanya memburukkan lagi isu kekurangan simpanan persaraan.

“Kerajaan tidak melihat kepada pengeluaran bersasar kerana akan ada juga kelonggaran dalam Akaun 3 itu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI