fbpx

Kerajaan sedia pertimbang perluas bantuan Sara kepada kegunaan lain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amir Hamzah.

PETALING JAYA – Kerajaan sedia mempertimbangkan untuk memperluas manfaat Sumbangan Asas Rahmah (Sara) kepada kegunaan selain pembelian barangan asas.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, Sara adalah sebuah konsep yang sesuai dan boleh dipertimbangkan untuk bantuan kaedah lain pada masa akan datang.

“Berdasarkan perlaksanaan Sara sejak 2023, dan maklumat balas daripada pemegang taruh dan penerima itu sendiri, Sara banyak memberi manfaat dan faedah memandangkan ia adalah bantuan bersasar kepada golongan miskin dan miskin tegar bagi mendapatkan barangan yang telah ditentukan,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Oscar Ling Chai Yew (PH-Sibu) sama ada kerajaan akan memperluas pemberian Sara bagi rawatan di klinik swasta.

Katanya, tahun ini, penggunaan kredit program Sara telah diperluas kepada tiga kategori barangan asas tambahan iaitu melibatkan barangan kebersihan.

Tambah Amir, dengan penambahbaikan itu, program Sara 2024 akan memanfaatkan lebih 700,000 penerima dengan peruntukan RM700 juta berbanding 210,000 penerima dengan perbelanjaan RM130 juta tahun lepas.

Jelasnya, kadar bantuan untuk isi rumah Sara turut ditambah kepada RM1,200 berbanding RM600 pada 2023, manakala kadar untuk golongan bujang kekal RM600. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI