fbpx

DUN Selangor: Teliti naikkan elaun bulanan ahli majlis PBT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SHAH ALAM – Kerajaan negeri akan meneliti cadangan menaikkan elaun ahli majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Selangor.

Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan, Datuk Ng Suee Lim berkata, buat masa ini ahli majlis PBT bertaraf bandar raya dan perbandaran menerima elaun bulanan berjumlah RM2,500 manakala bertaraf daerah sebanyak RM2,000.

Katanya, jumlah itu merupakan kadar dipersetujui dan diselaraskan oleh kerajaan negeri melalui pekeliling Setiausaha Kerajaan Negeri seksyen PBT.

“Kali terakhir semakan semula kadar bayaran elaun 2017. Namun mengambil kira cabaran dan bebanan ahli majlis untuk menyampaikan perkhidmatan kepada komuniti setempat yang semakin meningkat adalah satu faktor untuk memulakan semakan semula kadar bayaran elaun itu.

“Kerajaan prihatin namun kita akan mempertimbangkan masa ke semasa ikut kesesuaian keperluan dan kedudukan kewangan,” katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, hari ini.

Terdahulu, Michelle Ng Mei Sze (PH – Subang Jaya) ingin mengetahui sama ada terdapat keperluan untuk menyemak semula gaji atau elaun ahli majlis PBT.

Menurut Suee Lim, cabaran dan bebanan ahli majlis PBT adalah termasuk melaksanakan tugasan di lapangan dan sentiasa bersama dalam menguruskan aduan dan hal ehwal penduduk sepenuh masa.

“Selain itu, ahli majlis juga berdepan kos sara hidup meningkat dan kadar bayaran ahli majlis ini pada masa akan datang membantu meringankan beban.

“Di Pulau pinang telah menaikkan kadar baru RM2,500 kepada RM4,000 kepada ahli majlis PBT berkuatkuasa 1 Oktober tahun lalu,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI