fbpx

CAB catat untung bersih RM38.38 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CAB bercadang meluaskan cabang perniagaannya ke Indonesia. -Gambar hiasan

PETALING JAYA – CAB Cakaran Corporation Berhad (CAB) mencatat untung bersih sebanyak RM38.38 juta bagi tahun fiskal suku berakhir 31 Disember 2023, turun sebanyak 8.3 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Penyusutan tersebut disebabkan oleh hasil yang menurun tahun ke tahun ekoran pelarasan nilai saksama terhadap aset biologi dan juga pembayaran cukai yang tinggi.

Pengarah Urusan Kumpulan, Christopher Chuah Hoon Phong berkata, pihaknya berpuashati dengan prestasi  kewangan yang kukuh pada suku tahun ini dan mahu meneruskan momentum tersebut melalui kecekapan operasi, skala ekonomi dan juga pertumbuhanan kemampanan untuk jangka masa panjang.

“Untuk masa depan, kami bakal mendapat manfaat daripada kekurangan telur di pasaran yang mana ia adalah makanan ruji bagi rakyat di negara ini dan kekurangan tersebut akan menyebabkan permintaan yang tinggi terhadap daging ayam yang bakal disokong oleh prospek harga ayam daging,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam.

Hoon Phong menerangkan, syarikat juga akan mengintai peluang terhadap mana-mana cadangan pengambilalihan dan penggabungan untuk membangunkan inovatif produk dan juga penyelesaian makanan  lestari.

“Dengan kedudukan kewangan tunai yang kukuh, kami memiliki kuasa untuk menjadi pemangkin kepada evolusi konglomerat makanan bertaraf dunia,” ujarnya.

Selain itu, Kumpulan juga bercadang mengembangkan perniagaan ke Indonesia bukan sahaja untuk meluaskan cabang perolehannya tetapi juga memberi suntikan kepada pertumbuhan baharu.

“Melalui sokongan daripada Kumpulan Salim, salah satu konglomerat terbesar di Indonesia, kami yakin bahawa Kumpulan akan memiliki prospek pertumbuhan di negara tersebut,” jelasnya. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI