fbpx

Tan Cheng Hoe ‘tinggalkan’ Selangor FC, bakal ke Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tan Cheng Hoe telah bersama pasukan pada latihan pramusim sejak awal bulan ini sebelum mengambil keputusan untuk 'berpisah' menerusi persetujuan bersama. - Foto ihsan Selangor FC

PETALING JAYA – Pengurusan Selangor FC (SFC) membuat keputusan mengejutkan apabila mencapai persetujuan bersama untuk menamatkan kontrak Tan Cheng Hoe selaku ketua jurulatih berkuat kuasa serta-merta.

Pengurusan Gergasi Merah dalam satu kenyataan mengesahkan Cheng Hoe telah membuat keputusan untuk meninggalkan pasukan bagi menerima tugas selaku ketua jurulatih satu kelab di Thailand.

“SFC juga sudah menerima bayaran pampasan berdasarkan kontrak beliau. SFC ingin berterima kasih kepada Cheng Hoe atas usaha dan sumbangan beliau untuk kelab ini dan mengucapkan selamat maju jaya pada masa hadapan.

“Nidzam Jamil kini dilantik sebagai ketua jurulatih sementara dan pada masa yang sama, pihak pengurusan kelab akan menjalankan proses pemilihan terperinci bagi melantik ketua jurulatih yang baharu,” kata kenyataan tersebut.

Sebagai rekod, sejak dilantik pada September 2022, Cheng Hoe berjaya membantu skuad Merah Kuning menjadi naib juara Piala Malaysia 2022 dan juga naib juara Liga Super Malaysia 2023.

Prestasi konsisten yang dipamerkan telah membantu pasukan layak secara automatik ke Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) untuk musim 2024/2025 bermula Ogos depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI