fbpx

Remaja lemas di Sungai Ketil ditemui tersangkut di reba pokok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba menaikkan mayat Muhammad Fakhrullah yang lemas ketika mandi di Sungai Ketil di Kampung Kuala Merah, Kuala Ketil, pagi tadi.

BALING – Remaja lelaki berusia 15 tahun yang dilaporkan hilang ketika mandi manda bersama lapan rakan di Sungai Ketil, Kampung Kuala Merah, di sini petang semalam ditemui lemas.

Mayat Muhamad Fakhrullah Mohamad ditemui tersangkut pada reba pokok di bawah air di lokasi terakhir dia dilihat sebelum lemas.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat berkata, mayat dijumpai kira-kira pukul 10 pagi ini oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) yang memulakan operasi sejak petang semalam.

“Mayat ditemui di lokasi sama dia hilang dan tersangkut pada reba di dalam air dan dibawa ke Hospital Kulim untuk bedah siasat,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Semalam, Kosmo! melaporkan mangsa dikhuatiri lemas setelah dipercayai mandi bersama beberapa rakannya di sungai tersebut.

Muhamad Fakhrullah yang berasal dari Kampung Sungai Bemban merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjong Puteri.

Sementara itu, Pengarah Bomba dan Penyelamat Negeri Kedah, Awang Hidzel Awang Bujang berkata, usaha mencari disambung semula pada pukul 8.30 pagi ini sambil dibantu oleh unit K9 dari Sungai Petani. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI