fbpx

Raja Norway, Raja Harald V kena jangkitan, dirawat di Langkawi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Raja Norway, Raja Harald V

PETALING JAYA – Raja Norway, Raja Harald V dilaporkan sedang menerima rawatan di Hospital Sultanah Maliha, Langkawi sejak semalam disebabkan jangkitan berkaitan respiratori dan jantung.

Menurut portal berita antarabangsa, raja berusia 87 tahun itu ketika ini dalam lawatan peribadi ke beberapa negara di Asia Tenggara.

Baginda kemudiannya jatuh sakit sebelum dikejarkan ke hospital di Malaysia.

“Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja telah jatuh sakit ketika percutiannya di Malaysia dan dimasukkan ke hospital di sana kerana mengalami jangkitan.

“Raja mendapat penjagaan yang baik daripada kakitangan perubatan Malaysia dan Norway,” lapor portal itu.

Sebelum ini, Raja Harald pernah menjalani pembedahan jantung.

Baginda merupakan raja tertua yang masih hidup di Eropah dan menjadi ketua negara istiadat Norway sejak 1991. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI