fbpx

[VIDEO] Penunggang melambung motosikal dirempuh Toyota Vios

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN kereta Toyota Vios yang terlibat dalam kemalangan di Batu 21 Jalan Muar-Parit Sulong, Batu Pahat pagi semalam.

BATU PAHAT – Seorang penunggang motosikal maut selepas dilanggar sebuah kereta sehingga melambung setinggi 10 meter di Batu 21 Jalan Muar-Parit Sulong di sini pagi semalam.

Kemalangan pada pukul 7 pagi itu melibatkan mangsa Mohd Riduan Abdullah, 58, yang menunggang motosikal berkuasa tinggi jenis Beneli dengan kereta jenis Toyota Vios yang dipandu lelaki berusia 24 tahun.

Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintendan Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, kejadian berlaku ketika penunggang motosikal datang dari arah Parit Sulong menuju ke Muar, manakala Toyota Vios pula bergerak dari arah bertentangan.

“Setibanya di lokasi kejadian, pemandu kereta Toyota Vios memotong sebuah kenderaan di hadapan sebelum bertembung dengan motosikal mangsa.

“Ekoran pertembungan itu, mangsa yang berasal dari Merlimau, Melaka melambung dan tercampak ke dalam tali air berdekatan. Lelaki itu cedera parah di dada sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi,” katanya ketika dihubungi.

Terdahulu tular satu rakaman kamera papan pemuka sebuah kenderaan berdurasi enam saat yang memaparkan sebuah kenderaan bertembung sehingga menyebabkan penunggang motosikal melambung.

Pemandu kereta cedera ringan di kepala dan kaki. Ujian air kencing mendapati pemandu kereta itu bebas sebarang pengambilan dadah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI