fbpx

Pengumuman dividen KWSP Ahad ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dijangka mengumumkan prestasi kewangannya tahun lalu yang kebiasaannya turut disertai dengan pengumuman dividen pada Ahad ini.

Dalam satu jemputan media yang dikeluarkan hari ini, KWSP berkata, taklimat berhubung prestasi kewangan tersebut akan disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif yang baharu, Ahmad Zulqarnain Onn.

Bagi tempoh sembilan bulan berakhir 30 September 2023, KWSP merekodkan jumlah pendapatan pelaburan sebanyak RM47.86 bilion, naik 33 peratus daripada RM36.04 bilion yang dicatatkan dalam tempoh yang sama pada 2022.

Justeru, ramai yang meramalkan dividen KWSP lebih baik untuk tahun 2023, berbanding 5.35 peratus untuk simpanan konvensional dan 4.75 peratus untuk simpanan syariah bagi 2022.

Pada 2021, KWSP mengumumkan dividen sebanyak 6.1 peratus bagi simpanan konvensional dan 5.65 peratus bagi simpanan syariah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI