fbpx

Pelan Pan-gon mungkin terencat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERANCANGAN untuk mengumpulkan skuad Harimau Malaya lebih awal bagi menjalani latihan pusat mungkin berdepan masalah ekoran beberapa faktor. - FB FAM

HARAPAN Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk mengumpulkan semula skuad Harimau Malaya bagi menjalani kem latihan pusat lebih awal nampak sukar daripada jangkaan.

Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin mengakui barisan kejurulatihan yang diketuai oleh Kim Pan-gon sedang meneliti fasa akhir sebelum mengeluarkan senarai penuh pemain untuk kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 nanti.

Kata Hamidin, antara kekangan yang dihadapi adalah sebilangan pemain masih dalam fasa bercuti dan ada juga yang baru menjalani sesi latihan pramusim di peringkat kelab.

“Pasukan senior nanti kita akan keluarkan senarai pemain, saya fikir Pan-gon sedang buat senarai akhir selain persiapan untuk menentang Oman. Segalanya dalam fasa akhir dan kita tunggu pengumuman.

“Isu kita sekarang liga belum bermula dan akan mula pada Mei, jadi ada kekangan untuk panggilan skuad kebangsaan kerana ada pemain yang masih bercuti, manakala pasukan serta kelab pula baru memulakan latihan.

“Sebab itu Pan-gon sedang meneliti, tetapi saya berasa dia dengan barisan kejurulatihan sudah menghubungi semua kelab untuk senarai akhir (pemain) sebelum mengeluarkan senarai mungkin minggu ini atau minggu depan,” katanya ketika ditemui.

Sebagai rekod, FAM merancang untuk memanggil pemain kebangsaan lebih awal pada penghujung Februari selepas tamat kempen Piala Asia 2023 dengan menjalani latihan pusat di luar negara.

Namun, segalanya nampak ‘kabur’ dan kini badan induk itu terpaksa mengikut kalendar FIFA untuk skuad kebangsaan dijangka hanya dikumpulkan semula pada pertengahan Mac depan.

Skuad negara yang berada di ranking ke-132 dunia akan menentang Oman pada aksi kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Muscat pada 22 Mac dan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 26 Mac.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN