fbpx

MITI cadang ‘One-Time Subsidy’ galak rakyat miliki kenderaan elektrik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) telah mencadangkan ‘One-Time Subsidy’ untuk pemilikan kenderaan elektrik (EV) dalam menarik minat lebih ramai pengguna memiliki kenderaan tersebut pada masa akan datang.

Timbalan Menterinya, Liew Chin Tong berkata, cadangan mengenai ‘One-Time Subsidy’ itu telah dikemukakan menerusi mesyuarat Jawatankuasa Pemandu EV Kebangsaan (NEVSC) sebelum ini.

“Pemberian ‘One-Time Subsidy’ ini dapat menggalakkan rakyat beralih daripada mengguna kenderaan berenjin pembakaran dalaman (ICE) kepada EV dan seterusnya membantu negara mengurangkan petrol subsidi untuk jangka masa panjang,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab soalan Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (PN-Kuala Kangsar) mengenai galakan disediakan bagi menarik lebih ramai golongan M40 untuk berkemampuan memiliki EV pada masa akan datang.

Dalam pada itu, Ching Tong berkata, antara faktor kurangnya pemilikan kereta elektrik dalam kalangan rakyat ialah kos pemilikan kenderaan jenis ini secara relatifnya adalah lebih tinggi.

“Bagi mengatasi isu ini, syarikat pengeluar kenderaan nasional seperti Proton dan Perodua telah memberi komitmen untuk mengeluarkan EV pada harga yang kompetitif pada tahun 2025 bagi memenuhi pasaran.

“Kerajaan juga mengalu-alukan syarikat-syarikat pengilang peralatan asal (OEM) yang lain untuk mengeluarkan secara tempatan (CKD) EV jenis kereta penumpang berharga di bawah RM100,000,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI