fbpx

Langgar bahu punca pekerja kilang bergaduh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular membabitkan pekerja kilang yang terlibat dalam pergaduhan di KKIP kelmarin.

KOTA KINABALU – Polis memberkas sembilan pekerja kilang termasuk lima warga China selepas terbabit dalam pergaduhan di Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP) di sini kelmarin.

Pergaduhan pada pukul 5.30 petang itu itu berlaku di hadapan sebuah kilang milik syarikat luar negara.

Video pergaduhan kemudian tular dalam media sosial. Kejadian dipercayai berpunca apabila seorang pekerja China melanggar bahu seorang pekerja tempatan.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, semua suspek ditahan pada pukul 3.30 pagi bertindak hasil laporan polis dan siasatan yang dijalankan pihaknya.

“Tangkapan ke atas empat lelaki tempatan dan lima warga asing itu dibuat untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

“Hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku sewaktu pekerja berbaris untuk mendaftar keluar menggunakan cap jari selepas tamat waktu bekerja,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Mohd Zaidi, pekerja tempatan berkenaan tidak mengendahkan ajakan pekerja asing sebelum ditumbuk dari belakang.

“Pergaduhan turut membabitkan penggunaan kayu dan besi yang diambil dari luar kilang. bagaimanapun kejadian itu berjaya dileraikan pengawal keselamatan serta pekerja lain.

“Setakat ini, tiada sebarang kecederaan serius dilaporkan membabitkan kedua-dua pihak,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI