fbpx

Kebakaran besar di Tebing Barat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kebakaran besar memaksa pihak berkuasa memindahkan penduduk setempat ke tempat selamat. – X

HEBRON, TEBING BARAT – Satu kebakaran besar berlaku di gudang milik sebuah kilang di bandar Hebron dalam wilayah Tebing Barat  yang terletak kira-kira 30 kilometer ke selatan Baitulmuqaddis, lapor akhbar Daily Express UK semalam.

Menurut laporan tempatan,  kebakaran berlaku di gudang kilang barangan plastik, Royal Factory sebelum merebak ke kejiranan terdekat.

Datuk Bandar Hebron, Tayseer Abu Sneineh berkata, pihaknya telah menggerakkan  semua keupayaan yang ada termasuk pasukan  bomba, tangki air dan jentolak bagi memadamkan api.

“Api lebih marak berbanding keupayaan yang kami ada. Ia memerlukan jentera pihak pendudukan (Israel),” katanya. 

Pada masa sama, Tayseer menggesa orang awam menjauhi lokasi kebakaran dan mengalihkan kenderaan mereka dari jalan-jalan yang menuju ke kilang terbabit.

Menurut beberapa laporan, seluruh kejiranan di sekitar Royal Factory telah dipindahkan. Anggota bomba yang dibantu  pasukan pertahanan awam dari Jericho, Baitul Laham dan Baitulmuqaddis bertungkus-lumus memadam kebakaran.

Royal Factory merupakan perniagaan milik penduduk Palestin terbesar di Hebron. Ia menghasilkan sistem perpaipan dan produk plastik lain.

Terletak di kawasan Beir Haram al-Rama, ia dianggap sebagai tunjang ekonomi Palestin dan menggaji hampir seribu pekerja. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI