fbpx

Kanak-kanak termenung, ditinggal ibu bapa di maahad tahfiz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar seorang kanak-kanak lelaki termenung di pekarangan sebuah pusat tahfiz yang tular di laman Facebook, hari ini.

PETALING JAYA – “Pandangan yang menyembunyikan 1001 cerita. Hanya dia sahaja yang tahu kisah hidupnya yang sebenar,”

Begitulah kisah seorang kanak-kanak lelaki yang diceritakan oleh seorang tenaga pengajar Maahad Tahfiz AlQuran AlUzma Lilaitam dalam sebuah hantaran di laman Facebook.

Dalam hantaran sama, pusat tahfiz tersebut juga menjelaskan kanak-kanak tersebut bukanlah anak yatim piatu tetapi ditinggal oleh penjaganya yang tidak dapat dikesan dan dihubungi.

“Ketika kawan-kawan bercuti, hanya dia yang terpaksa tinggal berseorangan di sini kerana tidak ada sesiapapun yang peduli.

“Besar kemungkinan, dia akan tinggal di sini sepanjang puasa dan menyambut hari raya bersama para ustaz dan penjaga di tahfiz ini,” katanya.

Meninjau ke ruangan komen, orang ramai rata-ratanya tersentuh hati dan bersimpati terhadap nasib kanak-kanak tersebut.

“Usaha sungguh-sungguh adik, sampai berjaya ke menara gading. Nanti, jangankan mak ayah, orang yang tak kenal pun tiba-tiba mengaku saudara,” kata Ahmad.

“Anak ini hebat sebab itu ujiannya besar. Satu hari nanti pasti dia akan berjaya,” kata Nurul.

“Hebatnya awak, moga selalu berada dalam dakapan Allah SWT,” kata Wiena. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI