fbpx

Kakak, adik OKU bergilir jaga ibu sakit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HELIY SURAYA membantu ibunya yang lemah anggota badan meminum air ketika ditemui di rumah mereka di Kampung Kedai Buluh, Kota Bharu baru-baru ini.

KOTA BHARU – Seorang pembantu kedai makan dan adiknya yang merupakan orang kelainan upaya (OKU) mengambil tanggungjawab secara bergilir menjaga ibu mereka yang diuji pe­nyakit kencing manis.

Heliy Suraya Mat. Yasin, 35, berkata, demi satu-satunya permata hati itu, dia yang merupakan anak sulung terpaksa melupakan hal lain, sebaliknya menumpukan perhatian terhadap keluarga.

Menurut wanita itu, sudah tiga tahun ibunya, Hasmah Ismail, 57, menghidap kencing manis dan lemah anggota badan sehingga tidak dapat berjalan.

“Setiap pagi sebelum keluar bekerja, saya akan menguruskan keperluan ibu dan akan pulang ke rumah semula pada pukul 12 tengah hari.

“Semasa ketiadaan saya, adik (Ahmad Khairul Affizan) yang mengalami kecacatan tangan akibat kemalangan akan memantau ibu kami,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kedai Buluh di sini baru-baru ini.

Menurut Heliy Suraya, ibunya menggunakan lampin pakai buang yang memerlukan belanja kira-kira RM300 sebulan.

Selain itu, segala perbelanjaan dapur dan keperluan lain pada setiap bulan turut ditanggung oleh Heliy Suraya.

“Selagi mampu saya akan menjaga ibu walaupun terpaksa keluar bekerja pada awal pagi untuk mencari rezeki,” katanya.

Orang ramai yang ingin me­nyumbang boleh berbuat demikian menerusi akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) bernombor 03010-41-00033339-3 atas nama Heliy Suraya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI