fbpx

Demi Ratu Adil, Dian ‘benjolkan’ Gadis Kretek

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DIAN kini muncul dengan siri baharu berjudul Ratu Adil.

TERUJA berlakon dalam filem aksi berjudul Ratu Adil, bintang Gadis Kretek, Dian Sastrowardoyo sanggup melakukan apa saja babak lasak demi kelestarian watak lakonannya seorang wanita misteri handal bertarung bernama Lasja Soeryo.

Jika menerusi Gadis Kretek Dia hanya perlu menghisap rokok dan berkebaya santun, kali ini menerusi Ratu Adil dia perlu membekalkan diri dengan ubat-ubatan termasuk minyak angin. Pada usia 41 tahun itu, aktres itu mengakui perku lebih berhati-hati di set penggambaran bagi mengelakkan kemalangan.

Hakikatnya, malang tidak berbau apabila dalam keterujaan melaksanakan adegan pertarungan, kepalanya terhantuk senjata dipegang sehingga benjol.

Lucunya akui Dian, kejadian tersebut berjaya dirakam, terutama ketika momen kekhilafan sendiri yang mengakibatkan kecederaan. Biarpun kesan hentakan membuatkan dia pening seketika, insiden tersebut tidak menghalang kerja-kerja penggambaran.

Menurutnya, sebagai persediaan membawakan karakter mencabar, dia tidak masuk set tangan kosong sebaliknya, berlatih selama sebulan membabitkan cara-cara memegang senjata api, latihan fizikal serta koreografi adegan aksi.

Selain Dian, siri Ratu Adil yang dijadualkan menemui penonton bermula 29 Februari itu turut dibintangi Nino Fernandez, Ira Wibowo, Donny Damara, Hana Malasan dan Muhammad Khan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI